19 Mar 2012

Mimpi ohh Mimpi

   Soal mimpi ramai yang suka untuk 'bercerita'.. Suka 'bercerita' akan mimpi mimpi yang amat mustahil untuk dikecapi.. Sebuah angan angan yang mungkin tidak 'mampu' untuk kita genggam sebagai seorang manusia yang 'kecil'.. Dan sekarang, kita kena menjadi 'SUPERMAN' ke?? ataupun mungkin 'BOBOI BOY' ?? Untuk mencapai 'mimpi' itu??

Motif sangat ni...

   Sejujurnya kita tidak perlu menjadi 'SUPERMAN' ataupun 'BOBOI BOY' jika kita mahu kecapi mimpi kita.. Mimpi itu tidak memandang sebuah 'nama' tetapi mimpi itu hanya memandang seebuah 'cerita'.. Sebuah 'cerita' yang cukup 'hebat' bersama angan angan 'kosong' tetapi percaya la, ia tetap jujur untuk punyai 'HATI' dan 'JIWA' untuk hidup ini.. 

   'Jiwa' yang tidak pernah akan 'hilang' untuk mimpi itu.. 'Bermimpi' la kalian, tidak kira anda itu miskin atau kaya.. Cacat atau Sempurna.. Bijak atau Bodoh.. Cantik atau Pandai.. Luaskan la 'mimpi' kalian untuk menjadi lebih 'mustahil'... Mimpi 'mustahil' yang tidak pernah orang lain fikirkan dan hanya anda sahaja yang mampu untuk 'berfikir' akan mimpi itu.. Teruskan mimpi kalian.. Jangan hentikannya.. 

Mesti pening kan bahasa aku ni...

   Selami la mimpi kalian agar ia benar benar menjadi angan angan.. Dalami la mimpi kalian agar ia benar benar menjadi satu impian.. Jiwai la mimpi kalian agar mimpi itu mampu menjadi benar benar mustahil untuk mereka semua dan bukannya ANDA !!! Dan terus la bermimpi selagi dunia ini tidak musnah dan bermimpi la terus selagi JIWA itu tidak mati... 
Ini bukan puisi tau...



#INGATLAH YANG PALING PENTING, BUKANLAH SEBERAPA BESAR MIMPI KALIAN, TETAPI SEBERAPA BESAR KALIAN UNTUK MIMPI ITU

17 Mar 2012

Apa Ada Dengan Aaron Aziz??

   Hari ini aku hendak cerita sebuah 'nama' yang cukup 'fenomena' di malaysia ini.. Semua perempuan, lelaki dan yang tidak berjantina pun tahu siapa 'AARON AZIZ'.. Nama sebenar beliau ialah Aaron Mustapha Aziz dilahirkan di Singapura dan kini berusia 36 tahun dan statusnya sudah berkahwin dan beranak 2.. Kepada semua wanita jangan cuba 'menghancurkan' masjid yang telah dibina beliau okay.. 'BERDOSA' tu..

   Aku tak nak cerita banyak sangat sebab nanti orang pun 'menyampah' dengan aku.. Aku tahu dia sangat fenomena dan bagi aku dia adalah seorang lelaki didunia ini yang hampir 'sempurna', itu pun setelah tengok 'lakonan' dia la.. Hidup di dunia 'nyata' belum sempat nak ambil tahu lagi.. maaf AARON AZIZ..

   'Sejujurnya' Aaron Aziz bukanlah 'hebat' sangat rupanya sebabnya ada ramai lelaki lagi yang jauh lebih 'hebat' daripada beliau.. Dan antara orang itu ialah 'AKU'..

Dah nak cerita ni.. Kenapa agaknya aku cakap AKU lagi 'hebat' daripada DIA ye.. Ini sebabnya...

PERTAMA : AKU MAMPU JADI LELAKI YANG TIDAK POPULAR, DIA TAK MAMPU !!!
(Pergi mana pun orang nak ambil gambar dengan AARON AZIZ kan)

KEDUA : AKU MAMPU UNTUK TIDAK ADA DUIT SEKURANGNYA UNTUK SEHARI, DIA TAK MAMPU !!!
(Macam mana nak tak ada duit, gaji AARON AZIZ ni dah macam JONNY DEPP)

KETIGA : AKU MAMPU BERCAKAP TANPA SKRIP SETIAP MASA, DIA TAK MAMPU !!!
(Kalau AARON AZIZ tak ikut skrip masa berlakon nanti, memang kena marah dengan direktor la)

KEEMPAT : AKU MAMPU JADI HODOH, DIA TAK MAMPU !!!
(Muka AARON AZIZ memang macho, hensem gila, orang la kata )

KELIMA : AKU MAMPU ADA NAMA HAZIQ, DIA TAK MAMPU !!!
( Memang kalau AARON AZIZ tu tukar nama HAZIQ memang tak popular la dia kan )


   Dan sebab itu juga aku sangat bangga menjadi MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHAMAD NOOR !
AARON AZIZ kini kau la 'idola' ku !!!!

#TIDAK PERLU RUPA,GAYA DAN CARA UNTUK HIDUP, YANG KITA PERLU HANYA  SEBUAH NAMA 

Cerita Lagi

   Kak misha sangat 'hebat'.. Sangat 'hebat' dalam kata kata.. Hanya seorang kakak angkat yang sangat aku hormat  dan sanjung selama 'hidup' aku ini.. Sebab dia juga, aku pandai 'berkata-kata'.. Pandai untuk bercerita, bercerita pada diri sendiri dan bercerita untuk kepuasan 'JIWA'..

Terkesan dah ni.. 

   Betul kata Kak Misha, biarlah kita 'bercerita' pada diri sendiri sebabnya orang lain tidak mungkin akan pernah dengar 'cerita' itu.. MUNGKIN... Dan mungkin juga pada suatu saat nanti, akan terlalu ramai yang akan mendengar cerita kamu disebabkan kamu hanya 'mampu' bercerita pada diri sendiri sahaja... Hah?? Apa yang perempuan ni 'mengarut'.. Memang tak paham aku bahasa sastera 'A.SAMAD SAID'... 

Mesti semua orang tak faham kan?

   Bagi aku tidak kira 'cerita' itu 'siapa' punya, ia tetap sebuah 'cerita'.. Cerita aku, cerita dia, cerita kamu, cerita mereka... Cerita yang tetap sama jika semua orang punyai HATI dan JIWA untuk 'bercerita'... Tidak perlu 'mendalam', cukuplah sekadar menjadi diri sendiri ketika 'bercerita'...

Percayalah suatu saat nanti, jika semua orang telah jumpa dimana 'HATI' dan 'JIWA' mereka.. Pasti mereka akan mula bercerita pada sesiapa sahaja dan juga pada sepanjang masa... Percaya la !!


#BERCERITALAH SELAGI KITA BERNYAWA KERNA DISAAT KITA MATI, CERITA ITU PASTI AKAN TURUT MATI JUA

Bila Melayu BOSAN

 
Hari ini hari sabtu malam minggu,
Biasa la 'tak' tahu nak buat apa diluar sana,
Anak muda tak kira MELAYU,CINA,INDIA sibuk 'berparty' saja waktu begini,
Malam minggu ni kata mereka dekat diri sendiri,
Aku juga bosan macam nak mati dekat rumah ni,

Harap bukak laptop ingat nak bersosial network sambil 'sembang sembang' di blog,
Bila bukak laptop,
Aku tengok laptop macam separuh mati,
Kemudian laptop pun 'menganjing' tengok aku balik,
Memang sakit hati dah ni,
Tolonglah 'idea' datang supaya tidak la 'bosan' macam labi labi.

Tengoklah betapa bosannya hidup didunia ini tanpa 'cerita'.. Bosan yang tidak dapat 'digambarkan'.. Sumpah bosan dengan hidup  memang boleh dibawa mati.. Matinya HATI dan JIWA dalam diri...

Semoga 'ceriakan' hidup kita yang 'bosan' ini dengan sebuah cerita... Macam mana hendak 'bercerita'?? Anda 'fikirkan' sendiri.. Sebab cerita kita tidak pernah akan serupa walaupun kita sama bangsa iaitu 'MELAYU' ..

Ini bukan puisi atau pantun atau sajak tau...


#HIDUP ITU HANYA PERLUKAN SEBUAH CERITA UNTUK TIDAK BOSAN 



Anak Kecil 13 Tahun

   Ada seorang anak kecil yang berusia 13 tahun di sebuah desa.. Dia baru sahaja melangkah masuk di alam sekolah yang lebih 'tinggi' peringkatnya.. 'Hebat' kerna tidak semua anak kecil 'mampu' pergi kesekolah dengan kerelaan 'hati' mereka sendiri.. Suatu detik, sebelum anak kecil itu pergi kesekolah, mamanya sempat bertanya kepadanya, kenapa si anak kecil itu pergi kesekolah setiap hari??

Kenapa dan kenapa si mama bertanya?? Dan ini lah jawapan si anak kecil itu kepada mamanya..


Kenapa aku pergi ke sekolah?
Kerna mama yang 'menyuruh' aku ke sekolah,


Kenapa aku pergi ke sekolah?
Kerna di situ aku akan punyai 'teman' dan 'sahabat',


Kenapa aku pergi ke sekolah?
Kerna aku akan dapat 'duit' belanja lalu aku dapat membeli makanan yang 'sedap' disaana,


Kenapa aku pergi ke sekolah?
Kerna aku akan berasa sangat 'bosan' jika berada di rumah,


Kenapa aku pergi ke sekolah,
Kerna aku boleh 'mencari' calon menantu untuk mama suatu hari nanti,

   Lalu si mama berkata "4 jawapan itu sangat 'biasa' tetapi yang terakhir itu sangat pelik.".. "Kenapa kamu mahu mencari 'menantu' untuk mama di sekolah sedangkan kau baru berusia 13 dan masa panjang lagi perjalanan mu itu".. Lalu si anak kecil itu menjawab..

"Disekolah kita mampu 'melihat' siapa orang itu di masa depan nanti.. Dalam soalan mama itu, jika si pelajar perempuan itu 'baik' disekolah, maka baik la dia pada masa hadapan nanti.. Dan jika buruk perangai pelajar perempuan itu disekolah, buruk la jua perangainya di masa depan nanti.. Bukankah sekolah itu tempat belajar untuk masa depan kita nanti kan mama??.

   Dan hanya sebab itu si mama sangat 'tersentuh', ternyata si anak kecil ini sangat 'istimewa', dia bukan pergi ke sekolah seperti pelajar lain.. Dia ke sekolah bukan sahaja 'belajar' tentang sains, matematik tetapi dia ke sekolah untuk 'belajar' tentang 'hidup' dimasa depan..

Persoalannya kini 'siapa' budak kecil itu??

#ADAKALANYA ORANG DEWASA ITU SANGAT MATANG, TETAPI ADA SAATNYA ANAK KECIL ITU JAUH LEBIH MENGERTI HIDUP DUNIA INI

16 Mar 2012

Kata Kata Papa Sebelum Tidur

   Semuanya berlaku dalam satu hari.. Sangat hebat 'Tuhan' itu.. Tiba-tiba sahaja papa buatkan aku milo panas dan ajak aku minum di beranda rumah.. Sangat 'pelik', dah la pukul 3.30 pagi pula.. Siapa yang kena 'mati' dulu ye agaknya?? 'Papa' ke 'aku'??

Betul sangat 'pelik' ni..

   Papa cakap dia nak 'sembang' dulu sebelum dia sambung tidur.. Asyik 'tersenyum' je papa aku ni.. Aku pun naik 'gila' dah ni.. sembang sembang sampai aku pun tak tahu nak cakap apa.. Dalam 15 minit sembang papa pun nak masuk tidur balik sebab penat 'sembang' dengan orang 'bisu' macam aku ni.. Dan papa ada cakap 3 benda yang tiba tiba buat aku 'terfikir'..

PERTAMA : " Hidup kamu, kamu tentukan sebab kamu sangat jujur.. Jika itu jodoh kamu kejarlah bukan tunggu ".

KEDUA : "kamu terlalu kuat untuk semua itu.. sangat hebat.. tapi cuba kamu berdiri depan cermin dan kamu akan jumpa segala kelemahan kamu".

KETIGA : "Percaya la mencari kesusahan itu bodoh, tetapi berasa susah itu satu kehebatan. Pergi dapatkan ia jika benar-benar hebat".

   Tidak disangkakan yang papa masih ada 'hati' dan 'jiwa'.. Jika Kak Misha masih 'hidup' pasti dia' tersenyum' sekarang..

#MENCARI KESUSAHAN ITU SANGAT BODOH, TETAPI BERASA SUSAH ITU SANGAT HEBAT


Melayu Yang Jujur


   Ketika drive nak balik rumah aku terdengar sebuah 'lagu' di radio ERA.. Lagunya 'KOSONG' oleh Najwa Latif.. Tidak ku sangka hebat juga 'melayu' menulis lirik.. Hebat juga bila melayu 'jujur' dengan lirik mereka.. Akhirnya ada juga manusia yang 'jujur' menulis skrip 'hidup' mereka walaupun ia hanya sebuah 'lagu'.. Tahniah Najwa Latif

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu                                               

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong…kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong…kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong…kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong…kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong…kosong

   Sebuah 'lagu' yang penuh dengan 'cerita' dan kena dengan 'kejujurannya'..

#SEBUAH LAGU ITU PERLUKAN SEBUAH CERITA YANG JUJUR

Cerita Papa

   Hari ini kena 'tipu' dengan kawan-kawan.. Mereka nak jumpa di Hotel Sri Petaling tetapi yang muncul hanya la Papa.. Papa aku?? Yela papa aku.. Memang melayu suka 'menipu' kan.. lepas ini nak kawan dengan orang cina india je la.. 

Suspen jugak...

   Papa jumpa aku dan katanya nak cakap sikit.. Memang kalau dia cakap banyak aku 'gerak' je la tadi.. Dia tanya khabar aku.. Memang bodoh soalannya, dah sah sah aku tak 'mati' lagi kan jadi 'okay' je la.. Kemudian dia terus cakap dia sangat 'letih' dengan aku.. Aku dah makin 'pelik' dah ni.. Aku tak suruh pun dia 'letih' untuk aku.. Kemudian papa cuma bagi tahu aku yang macam mana aku boleh 'hidup' macam ini?

 Macam ini tu macam mana??

   Aku pun cakap selagi aku ada 'jiwa', aku tidak pernah akan derita.. Sebab jiwa juga la aku masih 'hidup' disini.. Papa tersenyum sahaja.. Aku terus cakap selagi aku ada 'DIA' aku tak akan pernah 'lemah' walaupun aku tidak seperti dulu... Aku boleh hilang duit, rumah, harta, tetapi aku tak mungkin akan hilang 'jiwa'.. Sebab apa, sebab aku punyai 'DIA'... Papa pun cakap adakah aku mahu terus hidup macam ini?

Macam ini tu macam mana kan??

   Aku cuma jawab, selagi aku 'jiwa' aku tak akan pernah susah.. Aku boleh hilang duit, aku boleh hilang harta, tetapi aku tidak akan mungkin hilang 'jiwa' aku.. 'Jiwa' yang belum tentu aku akan dapat jika ikut 'kemahuan' papa dahulu.. Tidak mengapa 'cerita' dahulu kita lupakan, kita buka 'cerita' baharu sekarang.. Jika aku diberi pilihan, biarlah aku hilang segala harta asalkan aku tidak hilang 'jiwa' ini...

Terkesan dah ni..

   Akhirnya papa hanya cakap, "i can't force you anymore, bukan sebab papa lemah but you are too strong my son.. i'm give up.. now show me something okay and if dia jodoh u, kejarlah bukan tunggu ". Sebab itu juga aku hanya mampu 'tersenyum' dan terus 'pelik'...

#JODOH ITU BUKAN UNTUK DITUNGGU TETAPI UNTUK DIKEJAR
diilham oleh : PAPA 

   

Terlampau Banyak Bercakap

   Terlampau banyak benda nak dikongsi.. Terlampau banyak 'cerita' nak dibualkan.. Itu la namanya 'manusia'.. Terlalu banyak 'cerita' terlalu banyak 'kisah' terlalu banyak 'luahan' mahu dicakapkan.. Tetapi terlampau banyak 'bercakap' pun tidak bijak kan??

   Bagi aku sendiri bercakap itu satu 'bakat'.. Satu 'bakat' yang bukan semua orang ada dan ia 'benar'.. Mengikut pengalaman aku, semua orang boleh 'bercakap' dengan 'fikiran' tetapi tidak semua orang mampu 'bercakap' melalui 'hati' dan 'jiwa'... 

Pelik kan??

   Aku pun tidak tahu macam mana nak bercakap dengan 'hati' dan 'jiwa' itu.. Bagi aku sejujurnya baik kita 'diam' daripada banyak bercakap tetapi percakapan itu sangat 'menyakitkan' hati.. Manusia ini boleh menahan sakit demam selesema tetapi sumpah aku kata, kita tidak mungkin mampu menahan sakitnya 'hati' itu..

   Makin lama 'hidup', manusia makin terlampau banyak bercakap tetapi isinya tetap 'kosong'.. Terlampau suka 'bercakap', suka 'bersembang', suka 'bercerita' dan hasilnya hanya angan-angan di awan.. Tetap 'kosong' tanpa sebarang 'hasil'... Fikirlah kalian dengan 'bijak' sebelum 'bercakap' !!

#BERDIAM DIRI ITU LEBIH BIJAK DARIPADA BANYAK BERCAKAP TETAPI KOSONG


   
   
   

Sebuah Cerita Untuk Dia

   Aku terus buntu, tak tahu nak buat apa.. Aku tidak boleh 'tipu' diri aku sendiri yang aku masih tidak boleh 'lupakan' dia.. Aku tidak boleh 'tipu' diri aku yang dia masih lagi berada di hati aku ini..

Lantas aku cipta sebuah cerita ini...

Jika aku bercerita sekarang,
Mungkin dia akan senyum kepadaku,
Senyum sebagai seorang sahabat,
Yang dulunya dicintai lebih dariapada nama seorang sahabat,
Dan kini dia hanya akan membalas setiap kata-kata ku,

Jika aku bersuara sekarang,
Mungkin dia akan terdiam bisu,
Diam bukan tidak tahu untuk berkata kata,
Tetapi terdiam kerna baru tahu akan ertinya sebuah hati dan jiwa,
Disaat itu dia akan mempersoalkan tentang hati dan jiwa aku,
Dan disaat itu juga dia akan tahu betapa hati dan jiwa ini tidak pernah akan berubah,

Jika aku berkata sekarang,
Mungkin dia akan berubah dengan fikirannya,
Adakala fikiran itu sangat dusta,
Adakalanya jua fikiran itu sangat jujur,
Fikiran itu tidak pernah akan berubah kerna yang berubah hanya la perasaan kita,

Disuatu detik dia pasti mengharap aku akan melupakan semuanya,
Dan dia perlu tahu bahawa aku boleh melupakan cinta aku ini,
Tetapi dia jua perlu tahu bahawa aku tidak mungkin akan melupakan sayang aku pada dia selamanya,
Tidak mungkin sama sekali,
Dan disebabkan itu aku hanya akan berkata pada Tuhan, bersuara pada hati dan bercerita pada jiwa.

#BERKATA PADA TUHAN,BERSUARA PADA HATI, BERCERITA PADA JIWA 
ilham oleh: miss ............ ! thank you

Trend Masa kini

Aku tak punya cerita tapi...

Trend Masa Kini...
Perempuan menggoda Lelaki,
Lelaki akan tergoda macam tu saja,

Trend Masa Kini...
Perempuan bercakap berkali-kali,
Lelaki hanya mendengar bertubi-tubi,

Trend Masa Kini...
Perempuan minta putus,
Lelaki menangis teresak-esak macam nak mati,

Trend Masa Kini...
Perempuan sibuk dengan kekasih lain,
Lelaki sibuk menangis tak henti-henti,

Trend Masa Kini...
Perempuan menangis jua sebab lelaki,
Lelaki ketawa terbahak-bahak macam siput babi,

Semua ini 'trend' masa kini.. Apa boleh kita buat.. Dah mereka hendak macam ini.. Kita ikut sahaja selagi tidak buta 'hati' dan 'jiwa'...

#TIDAK KIRA APA CARA DAN GAYA KITA, KITA TETAP PUNYAI JIWA UNTUK TIDAK BUTA


15 Mar 2012

Masalah

   Hari ini aku tak tidur seharian sebabnya banyak 'masalah' yang aku fikirkan.. Banyak ke?? Tak kisah la banyak atau tidak yang paling penting bukanlah berapa 'besar' 'masalah' aku tetapi seberapa 'besar' aku untuk 'masalah' itu..

Terkesan dah ni..

   Aku tidak tahu kenapa 'masalah' itu dijadikan untuk kita.. Dan kenapa hanya manusia sahaja yang merasa 'masalah' itu.. Kan senang jika manusia tidak harus memikirkan segala 'masalah' ini.. Kan 'senang' jika manusia tidak harus ada 'masalah'.. 'Senang' juga jika 'masalah' itu tak pernah wujud di dunia ini kan..

   Sebenarnya saat ini baru aku sedar kenapa 'masalah' itu diciptakan untuk kita.. Kenapa manusia selalu punyai 'masalah' dan selalu 'bermasalah'.. Kenapa?? Sebabnya 'masalah' itu sebenarnya adalah satu kewujudan untuk kita 'fikirkan'.. 'Fikirkan' bukan hanya tentang cinta tetapi 'masalah'.. 'Masalah' yang harus difikirkan dan diselesaikannya..

   Ternyata 'fikiran' yang dikurniakan 'Tuhan' sememangnya hanya untuk 'masalah'.. 'Tuhan' tidak 'bodoh' mencipta 'masalah' tanpa fungsinya.. Seharusnya kita perlu berfikir untuk 'masalah' itu.. 'Malas' berfikir tidak bagus untuk manusia kan??

#BERFIKIR UNTUK MASALAH ADALAH LEBIH HEBAT DARIPADA HIDUP TANPA MASALAH

Mama dan Papa

(15.3.2012, 3.30 p.m)

Hari ini aku balik rumah,
Hari ini juga lah aku kena jumpa mama dan papa,
Hari ini juga mama 'mencium' aku sambil tanya akan khabarku,
Hari ini juga lah papa 'senyum' padaku sambil tanya cukup tak duit belanja aku,

Tetapi...

Baru aku sedar betapa 'hebatnya' kuasa tuhan itu.. 
'Sejahat' mana pun diri kita ini, mama dan papa tetap mahu 'mencium' dan 'senyum' kepada kita..

Tetapi...

Baru aku sedar kini betapa 'hebatnya' kuasa hati dan jiwa itu..
'Sejahat' mana pun mama dan papa kita, adakah kita sanggup 'mencium' dan 'senyum' kepada mereka??

# BERCAKAP DENGAN JIWA, BERSOAL DENGAN HATI..
Ini bukan puisi atau pantun tau..



Kata Kata Dia

   Tidak kira apa sahaja 'kesilapan' yang beliau lakukan.. Aku sejujurnya tidak kisah sama sekali.. Bagi aku masalah peribadi yang dialami beliau hanyalah titik 'hitam' yang akan mengajar erti 'hidup'.. Hitam itu bukanlah 'kotor' seperti yang disangkakan..

Betul ke ni...

   Apa yang pasti nama 'NAZRIL IRHAM' ataupun 'ARIEL PETERPAN' ialah manusia yang sangat mengujakan.. Kata-katanya cukup mengajar aku apa itu 'hidup'.. Ternyata kita tidak perlukan buku untuk mengenal 'hidup' tetapi kita hanya perlukan orang seperti ini untuk mengajar apa itu 'hidup'...

   Ada 5 kata kata yang sangat mengajar aku tentang erti 'hidup' oleh ARIEL disaat mulanya menjadi artis hingga la waktu ini .. Kata kata yang sangat mendalam tanpa sebarang skrip.. Kata kata yang mampu aku pegang selama hidup aku di dunia ini..



PERTAMA: " Berkarya itu tidak perlu waktu, berkarya itu tidak perlu skrip, berkarya itu tidak perlu teman, tetapi berkarya itu hanya perlukan jiwa."

KEDUA: " Disaat ada dua manusia yang mencintaimu dan kamu bingung memilihnya, kamu tolak lah kedua-duanya kerana Tuhan itu sangat adil mengatur hidup mu kawan."

KETIGA: " Percaya la walau habis terang cahaya itu, kegelapan tidak mungkin melenyapkan cahaya hidup mu."

KEEMPAT: " Adakala manusia itu perlukan hati untuk cinta, tapi ada saatnya manusia itu hanya perlukan jiwa untuk kesepian hati yang telah putus asa akan cinta."

KELIMA: " Diwaktu aku derita dipenjara ini, aku merasa sebuah penderitaan yang tidak mampu ditentang oleh apa pun, ternyata aku silap dan pada saat ini aku baru tahu bahawa aku tidak perlukan teman,keluarga,sahabat,kekasih tetapi yang aku perlukan hanyalah JIWA untuk penderitaanku."

#HIDUP INI TIDAK PERLUKAN HATI TETAPI PERLUKAN JIWA !!!
(Sudah ditranslate ke bahasa melayu)

Maaf

   'Maaf' benda yang sangat sinonim dengan hidup kita ini.. Setiap kali melakukan 'kesalahan' kita pasti akan melafazkan 'maaf' ini.. Dan setiap kali berasa was-was 'maaf' juga la yang akan dicari.. Mudahnya 'maaf' ini sesuatu yang 'senang' untuk diucapkan..

Senang ke??

   Percaya la senang atau tidak manusia tetap akan melafazkan 'kata' maaf dengan sendirinya.. Sejahat dan sebaik mana pun kita, sebagai manusia kita tidak mungkin akan lari daripada erti kata 'maaf'.. Tidak kira la salah itu milik siapa, 'maaf' harus didahulukan... Adakala manusia tidak sedar akan 'kejahilan' diri lantas terus angkuh untuk tidak memberikan kata 'maaf'...

  Sejujurnya 'maaf' itu bukan sesuatu untuk ditunggu tetap ia adalah sesuatu yang perlu diberi.. Percaya la memberi kata 'maaf' itu adalah suatu 'nikmat' daripada menantinya daripada orang lain.

 

14 Mar 2012

Sejarah & Masa Depan

   Dunia ini hanya ada dua benda iaitu 'sejarah' dan 'masa depan'... Dua benda yang sangat berbeza dan sangat terkesan... Sumpah kita sering 'mengimpikan' masa depan tanpa melihat akan sejarah yang lalu.. 

Terkesan ni..

   Sejarah itu boleh ditinggalkan tetapi tidak mungkin akan dilupakan... 'Masa depan' itu satu impian tetapi bukan lah satu kepastian.. Kepada wanita semua, jangan la mengharap lelaki itu untuk lupakan 'sejarah' cinta mereka kerana lelaki tidak mungkin dan tidak akan lupa 'sejarah' cinta mereka... Tidak mungkin sama sekali...

   Kepada wanita jangan la mengimpikan 'masa depan' yang indah kerana ia mungkin tetapi belum pasti terjadi.. Belum pasti ia akan menjadi 'sejarah' dikemudian hari... Apa yang pasti 'masa depan' tidak akan menunggu kita untuk melupakan 'sejarah' lalu...

'SEJARAH' itu sudah pasti dan sudah terjadi...
'MASA DEPAN' itu hampir pasti tetapi belum tentu akan terjadi..

Diari Untuk Aku

   Setiap orang mempunyai ceritanya sendiri.. Setiap orang ada gaya dan cara untuk cerita itu.. Tidak perlu karangan tidak perlu ucapan.. Cerita itu hanya la sebuah kisah dari 'hati' untuk diri...

Sangat tersentuh dah ni...

   Kak Misha hanya tinggalkan aku sebuah diari untuk sebuah cerita yang masih belum aku baca.. Dia lah manusia yang pergi tinggalkan aku selamanya dengan hanya meninggalkan sebuah cerita untuk difikirkan... Membaca itu bukan untuk 'berhibur', membaca itu adalah untuk 'berfikir'.. Malas berfikir tidak baik untuk hidup kan?

   Jadi aku haruslah 'berfikir' untuk sebuah cerita yang ditinggalkan dia buat aku.. Cerita yang sudah pasti sangat 'bermakna' untuk aku di hari esok...

Bila Manusia....

Bila manusia mendengar dengan telinga,
Bila manusia melihat dengan mata,
Bila manusia bercakap dengan mulut,
Bila manusia berfikir dengan otak,

Semuanya akan menjadi 'kabur'..
Tetapi...
Semuanya akan menjadi 'terang' jika manusia itu punyai dengan 'HATI'..




13 Mar 2012

Mulanya Sebuah Cerita

   Setiap cerita, setiap kisah ada mulanya.. Hari ini dan waktu ini mulanya semula.. Bermula menulis dengan lebih ertinya.. Dah terlalu banyak blog aku tulis sampai aku sendiri tak tahu apa yang aku tulis.. Biasa la manusia memang tak pernah 'puas' dengan apa yang mereka ada.. Tidak pernah bersyukur dengan segala yang diberi..
  
   Kali ini aku cuba puaskan diri aku dengan blog baru ini pula.. Cuba penuhi kepuasan yang sememangnya tidak akan pernah 'puas'.. Aku tahu itu dan  itu la hakikatnya...
   
   Mulakan dengan 'kepuasan' dan teruskan dengan 'kepuasan' dan akhirnya kita akan 'puas' dengan 'kelainan' itu..... Dan itulah SEBUAH CERITA...